Bagaimana Nak Motivasikan Diri? – Interrogative Self Talk

“I can do it!”

“I’m the best! We are the best!”
“Yes we can!”

Ini antara kaedah yang biasa kita dengar bagaimana untuk memotivasikan diri.
Kaedah ini dipanggil affirmation atau kalau kita bercakap dalam hati ia digelar declarative self-talk.

Tetapi menurut kajian, ini bukanlah kaedah yang terbaik dalam memotivasikan diri. Ada kaedah yang lebih baik. Ini yang diterangkan oleh Daniel Pink dalam bukunya To Sell Is Human.

Buku ini berkisarkan tentang Sales atau Jualan dan buku ini banyak memberikan cadangan kaedah yang mempunyai asas saintifik, bukan seperti kebanyakkan buku Sales yang hanya berdasarkan pengalaman orang yang buat sales. Ialah, kalau orang tu secara semulajadi memang dah ada bakat buat sales, mereka akan mencadangkan kaedah yang berkesan buat mereka tapi mungkin tak berkesan buat orang lain. Contohnya orang yang extrovert akan mencadangkan pergi jumpa orang, bila orang introvert dengar – hahhh… nak kena jumpa orang? Kalau macam ni letih la nak buat sales.

Dan salah satu perkara yang dicadangkan dalam buku ini adalah tentang proses sebelum, semasa dan selepas proses sales dijalankan. Sebelum kita berjumpa dengan orang contohnya, apa yang perlu kita lakukan? Biasanya kita akan ada perkara yang dipanggil self-talk – bercakap dengan diri sendiri. Pernah tak anda bercakap dengan diri sendiri? Sekiranya anda jawab “ya” itu anda bercakap dengan diri sendiri lah.

Dan kebanyakkan kursus motivasi akan mencadangkan untuk kita buat affirmation atau bercakap positif mengenai diri kita. “We can do it!” “I can do it!” Dan secara jujurnya, apabila kita ulang-ulang banyak kali, kadang-kadang saya sendiri rasa macam fake. Takpelah, fake it till you make it. Betul. Tetapi ada tak cara yang lebih baik?

Menurut kajian yang dijalankan di 3 orang pengkaji – Ibrahim Senay dan Dolores Albarracin dari University of Illinois, dan Kenji Noguchi dari University of Southern Mississippi mereka mengesahkan bahawa interrogative self-talk adalah kaedah yang lebih baik, berbanding declarative self-talk.

Maksud dia, kita bertanya soalan pada diri kita.

“Boleh tak aku buat ni?”

Soalan ni sekali pandang macam kita meragui kebolehan kita sendiri. Tetapi soalan secara semulajadi memaksa otak kita mencari jawapan. Dan bila kita tanya “boleh tak aku buat ni?” Otak kita akan bagi jawapan, “boleh, sebab kau dah prepare satu malam untuk presentation ni!”

Ask a better question! Tony Robbins pernah berkata, “The quality of your life is a direct reflection of the quality of the questions you are asking yourself!”

Kita boleh sentiasa bertanya soalan yang lebih baik, dan otak kita akan memberikan jawapan yang lebih baik.

“Macamana aku nak buat terbaik dalam presentation hari ni?”
“Apa yang aku boleh buat hari ni
“Apakah satu perkara yang aku buat boleh menaikkan peluang untuk aku secure job ni?”

Anda boleh bereksperimen dengan soalan-soalan dan otak anda akan memberikan jawapan yang terbaik buat anda!

So, kalau nak motivasikan diri, tepuklah dada, tanyalah soalan pada diri sendiri!

Selamat mencuba!

#johanirwan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *