Perlukah Kita Membantu?

1. Membantu orang memang amalan mulia. Tapi kajian menunjukkan membantu orang bukan hanya memberi manfaat kepada orang yang dibantu tetapi juga yang membantu.

2. Satu kajian berjudul “Helper’s High” menunjukkan sekiranya kita membantu, kita sebenarnya yang rasa happy. Ini disebabkan oleh hormon dalam badan seperti oxytocin dan vesopressin.

3. Apatah lagi apabila orang yang dibantu menghargai dan mengucapkan kesyukuran, kegembiraan akan datang berganda.

4. Kajian ini juga mendapati bukan sahaja kita membantu secara volunteer, memberikan sumbangan wang ringgit, malah sekiranya kita terfikir sahaja untuk membantu pun kita sudah mendapat kesan yang sama. Dalam Islam, kalau kita niat baik walaupun tak buat kita masih dapat pahala.

5. Kajian sama juga bercakap tentang faux generosity. Sekiranya kita memberi dan mengharapkan sesuatu balasan maka kesan dia tidak sama. “Generosity with strings is not generosity: it is a deal.” kata Marya Mannes. Dalam memberi kita perlu ada keikhlasan. Pasang niat memberi dan membantu.

6. Dalam buku Biography Syed Mokhtar Albukhary, beliau ada mengatakan membantu orang sebenarnya memberi beliau kegembiraan. Kata beliau, “Whenever I do charity, my heart moves. It is not about corporate social responsibility. It is about caring, something that comes from the heart. My wish is that people with money will help those less fortunate so that the world is more just and fair to all.”

7. Masa saya mula belajar tentang coaching, kami diberi assignment. Semasa sesi follow-up, saya teringat Captain Shan Moorthi bertanya apa yang saya rasa lepas buat coaching. Saya kata saya rasa happy dan saya tak tahu kenapa. Beliau kata, sebab awak dah bantu orang untuk selesaikan masalah dia. Ada hormon happy. Saya masih tak faham pada ketika itu, tapi sekarang saya lebih jelas.

8. Musim Covid-19 ni penting untuk kita membantu orang disekeliling kita. Ramai yang memerlukan bantuan.

9. Dan yang paling penting, apabila orang lain membantu, kita tak perlu la nak kecam mereka. Mengecam mereka tidak membuat kita bahagia pun.

#johanirwan

Sumber:
1. The Science of Helping Out
2. Helper’s High
3. Syed Mokhtar Albukhary – A Biography

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *