Kepimpinan Jacinda Ardern Dalam Mengangani Krisis

New Zealand sudah menang!

Itulah yang diperkatakan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. Nama pemimpin wanita ini menjadi sebutan selepas daripada peristiwa penembakan dalam masjid di Christchurch setahun lalu. Semenjak itu kepimpinan beliau menjadi perhatian dunia.

Sehingga hari ini New Zealand hanya ada 1,472 kes dan 19 kematian. Dan selepas hampir 5 minggu lockdown, New Zealand sudah mula menamatkan fasa 4 lockdown yang dikenakan. Ini satu pencapaian yang sangat baik berbanding kebanyakkan negara di dunia.

Berikut adalah 5 perkara tentang kepimpinan beliau mendepani cabaran Covid-19 di New Zealand:

1. Berani Buat Keputusan
New Zealand antara negara yang terawal mengenakan lockdown kepada rakyat beliau. Berdasarkan kajian Gallup dua traits yang ‘non-negotiable as a leader’ adalah:
i. Bring multipe teams together
ii. Make great decisions.
Seorang pemimpin perlu membuat keputusan yang terbaik berdasarkan situasi dan options yang ada. Untuk membuat keputusan yang baik beliau perlu mendengar dan mendapat pandangan (terutama dari DG Kesihatan Ashley Bloomfield), serta mengetahui prioriti.

2. Mencetus semangat berpasukan
Sebagai pemimpin, beliau menggambarkan New Zealand adalah satu pasukan besar. Beliau menggunakan terma seperti “our team of 5 million” menggambarkan kita perlu merempuh bersama sebagai satu pasukan yang besar, pasukan New Zealand. Beliau tidak melaungkan “war on covid-19” sebaliknya beliau memberi seruan “unite against covid-19.

3. Empathy
Sejak peristiwa berdarah di Christchurch, beliau menunjukkan kualiti empathy yang sangat tinggi. Beliau memakai selendang melawat keluarga korban pengganas. Penganalisis menggambarkan beliau menggunakan kaedah science and empathy dalam menangani krisis Covid-19. Dalam perutusan, beliau sering akhiri dengan “Be strong, be kind.” Semasa perbahasan stimulus package, beliau berhujah, “it is about people. This entire government from the moment we were elected, has been focus on people.”

4. Value-Based Leadership
Value adalah apa yang memberikan garis panduan dalam setiap keputusan yang beliau buat. New Zealand adalah negara seperti komuniti. Mereka meletakkan keselamatan penduduk lebih utama berbanding ekonomi – ‘Health Before Economy’. Beliau berkata “surely, a dead or dying population is bad for the economy.” Beliau banyak menggunakan positive reinforcement seperti “I ask all New Zealanders to do what we do so well. We are creative, practical and community minded.” Beliau juga menggalakkan rakyat untuk “take care of each other.”

5. Kuasa Komunikasi
Dalam perutusan beliau, beliau menjelaskan atas dasar apa keputusan dibuat, dan rakyat faham kenapa. Berkomunikasi secara kerap juga antara perkara yang beliau lakukan, termasuk facebook live dalam keadaan santai di rumah tengah-tengah malam. Setiap point-point yang saya jelaskan diatas juga saya letakkan quotation kerana setiap ayat yang beliau ucapkan dipilih dengan sangat teliti dan memberikan ketenangan kepada rakyat.

Jacinda Ardern bagi saya pemimpin yang hebat. Beliau sangat berpengalaman dalam mengharungi krisis demi krisis. Tak perlu jadi karismatik dan egoistik untuk jadi pemimpin. Cukup sekadar jadi diri sendiri (authentic), mendengar, buat keputusan yang betul dan berkomunikasi dengan bijak.

Apa pandangan anda tentang Jacinda?

#johanirwan

Sumber: 
1. https://www.nst.com.my/world/world/2020/04/587842/pm-new-zealand-has-won-battle-against-covid-19
2. https://www.bbc.com/news/world-asia-52344299
3. https://www.tvnz.co.nz/one-news/new-zealand/strong-kind-we-ok-pms-message-in-face-coronavirus-impact

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *