Inspirasi dari pengasas EMKAY Group – Tan Sri Mustapha Kamal

Tan Sri Datuk (Dr) Mustapha Kamal merupakan salah seorang yang tidak asing lagi dalam dunia hartanah di Malaysia. Beliau merupakan pengerusi EMKAY Group, MK Land Holdings Berhad, Setia Haruman Sdn Bhd dan beberapa buah syarikat yang lain. Pada 26 Oktober 2013, Yayasan Universiti Multimedia telah dijemput untuk ke sebuah sesi bersama Tan Sri MK dan saya bersyukur kerana berpeluang untuk turut serta dalam lawatan tersebut. Seramai 37 pelajar menghadiri sesi yang penuh dengan inspirasi ini.

Tan Sri merupakan seorang yang sangat rendah diri. Beliau membahasakan dirinya sebagai Pak Cik kepada pelajar-pelajar. Beliau memberikan beberapa nasihat yang beliau rasakan perlu untuk beliau sampaikan kepada anak-anak muda. Disini suka untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan pembaca untuk manfaat bersama.

Sebagai Manusia kita mempunyai nikmat berupa pilihan
Antara nikmat yang dinikmati oleh semua manusia ialah kita boleh buat pilihan. Dalam kehidupan, bermacam-macam pilihan yang boleh kita buat. Dan setiap pilihan yang kita buat akan menentukan siapa kita.

“The choice you make, makes you.”

Dunia diluar sana adalah dunia yang kejam. Mereka tidak memandang sekiranya anda tidak mempunyai nama, jawatan dan pangkat. Itulah realitinya.

Cara Mencari Rezeki Yang Halal
Terdapat dua cara untuk mencari rezeki yang halal:
1. We have to do – kita perlu buat.
2. We want to do – kita mahu buat.

Sekiranya kita memilih what we  want to do, ianya less stressful. Kurang tekanan dan kita boleh hadapi segala cabaran kerana kita ingin membuatnya. Bukan terpaksa membuatnya.


Self-motivated
Sekiranya kita membuat sesuatu berdasarkan what we want to do kita akan bermotivasi secara sendirinya. What we want to do sangat berkait rapat dengan bakat semulajadi. Setiap orang ada bakat semulajadi. Cuba kita suruh Dato’ Nicole David bermain badminton. Walaupun sama seperti skuasy memegang reket, beliau mungkin tidak boleh bermain dengan baik, sebaik beliau bermain skuasy. Sama juga kesnya sekiranya kita menyuruh Dato’ Lee Chong Wei bermain skuasy.


Terdapat mismatch diantara Universiti dan Industri
Disebabkan bakat semulajadi tidak dikenalpasti, terdapat mismatch dikalangan graduan lepasan universiti dengan industri. Kebanyakkan daripada mereka tidak sesuai untuk bekerja didalam sesuatu bidang walaupun mempunyai kelulusan yang berkaitan dengan jawatan tersebut.


4 Perkara yang kita perlu kuasai untuk menjadi kompeten

  1. Ilmu/Knowledge (what) – di peringkat sekolah/universiti kita diajar tentang ilmu. Apa yang perlu buat.
  2. Niat/Intention (Why) – mengapa kita buat sesuatu juga penting. Setiap seorang mempunyai sebab yang berbeza.
  3. Kemahiran/Skills (How) – mempunyai ilmu sahaja tidak cukup. Kita perlu tahu bagaimana untuk membuat. Ilmu seperti resipi. Sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk memasak, ilmu sekadar teori.
  4. Pengalaman/Experience – Kita perlu ada pengalaman dan mengetahui selok-belok dalam sesuatu perkara.
Dan yang paling penting adalah ability to make it happen – with result! Dengan tiga syarat:
i. On time
ii. Within Cost
iii. With Quality

Untuk berjaya kita perlu menjadi seorang yang:

  1. Useful/Berguna
    Untuk jadi seorang yang berguna, kita perlu menjadi seperti diatas. Seorang yang kompeten.
  2. Reliable
    Trust – Orang akan mencari kita sekiranya orang percayakan kita. Kita akan menjadi seorang yang dipercayai sekiranya kita dapat menyelesaikan masalah. Setiap perniagaan di dunia ini berlaku dengan menyelesaikan masalah. Kita juga dibayar gaji untuk kita menyelesaikan masalah majikan.
  3. Fair
    Sekiranya kita membuat satu urusan perniagaan, kita perlu berurusan dengan adil. Kita mempunyai pekerja dan pelanggan. Keputusan kita perlu adil buat pekerja kita dan pelanggan kita. Sekiranya tidak, hasil mungkin tidak akan terjadi sepertimana yang kita inginkan.
  4. Reasonable
    Kita perlu juga menjadi seorang yang munasabah. 
Tan Sri Mustapha Kamal berkongsikan pengalaman dan pengajaran hidup

Bottom-line?

Kebanyakkan perniagaan melihat pada bottom-line – iaitu revenue ataupun profit (jualan atau keuntungan). Tetapi pada Tan Sri MK, Top-line adalah lebih penting. Apa itu Top-line?
Selain keuntungan syarikat, kita perlu lihat pada:
  • Customer/pelanggan
  • Staff/pekerja
  • Quality
Selepas kita menjaga tiga perkara berikut, barulah kita lihat pada keuntungan. Memang betul setiap perniagaan perlukan keuntungan, namun bagi Tan Sri, itu bukanlah prioriti.
Responsible
Untuk berjaya, seseorang juga perlu bertanggungjawab.
Definisi responsible dalam konteks ini adalah – The ability to response positively in whatever situation.

Sebelum Tan Sri membuat penggulungan, beliau sekali lagi menyatakan 4 kunci kejayaan seseorang:
1. Believe in Yourself
2. Focus
3. Take Initiative
4. Have the courage to say NO!

Beliau juga berkongsi kebahagiaan bukanlah hanya dipandang dari sudut harta. Menurut beliau Happiness is about:
i. Spiritual well being
ii. Emotional
iii. Physical
iv. Mental
v. Financial

Leadership Skills
Semasa Q&A Tan Sri ditanya kenapa beliau memilih industri hartanah.
Jawapan beliau, beliau bukanlah minat pada hartanah, tetapi beliau minat pada leadership dan management.
– Semasa di bangku sekolah lagi, beliau seringkali menjadi ‘kepala’ untuk kebanyakkan aktiviti.
– Beliau pernah bekerja menjadi ADO dan DO. Tetapi beliau rimas dengan pelbagai peraturan yang terpaksa beliau ikuti. Beliau tidak suka menerima arahan, sebaliknya beliau suka memberikan arahan.
– Beliau juga berkata walaupun berjawatan, beliau letih menjadi seorang yang tidak berduit.

Leadership is about strategy
Beliau suka membuat sesuatu yang orang lain tidak buat dan cuba untuk challenge the norm. Beliau menjalankan projek ditempat yang orang lain tidak berani buat. Contohnya, beliau membuat projek di kepong – yang mana orang mengatakan tempat itu tempat jin bertandang.
Beliau menggunakan beberapa strategy dalam perniagaan, seperti:

  1. Build in a mass – sekiranya beliau membuat dalam kuantiti yang banyak, maka bahan mentah dibeli secara pukal. Ini memberi beliau kelebihan harga bahan yang murah.
  2. Pay later – memandangkan tanah yang dibangunkan tidak menjadi rebutan ramai, beliau boleh berunding dengan pihak kerajaan untuk menangguhkan pembayaran tanah setelah siap projek. Ini memberi kelebihan dari segi cashflow syarikat.
  3. Create demand – Setelah kawasan dimajukan, ramai pembeli mulai menduduki kawasan tersebut. Beliau mempunyai volume dan terdapat permintaan setempat (local demand). Beliau boleh menjual harga kedai dengan harga yang sedikit mahal kerana permintaan tinggi.
  4. Understand demand – Kerana kawasan tersebut terdapat ramai penduduk, terdapat permintaan untuk membina sekolah. Beliau mula membuat cadangan kepada kerajaan untuk membina sekolah. Beliau mencadangkan agar sekolah ini dibayar dengan menolak harga tanah yang dihutang pada asalnya. Ini memberi beliau kelebihan kerana kos pembinaan sekolah berharga 80c dan beliau menjual pada kerajaan dengan harga RM1, maka secara tidak langsung, harga tanah yang dibeli adalah lebih murah daripada harga tawaran pada mulanya.
Semasa beliau bersekolah, beliau sangat gilakan muzik. Beliau pernah memohon cikgu beliau agar masa PE (Physical Education atau Pendidikan Jasmani) untuk membenarkan beliau dan rakan-rakan untuk berlatih bermain band. Namun setelah cikgu beliau reject permohonan tersebut, beliau tidak putus asa. Beliau menamakan band beliau ‘The Koshian’ yang diambil sempena nama cikgu beliau Koshi. Cikgu beliau berasa gembira dan kemudian bersetuju untuk membenarkan ahli kumpulan beliau untuk berlatih bermain muzik pada waktu PE.
Tipping Point
Semasa beliau bekerja sebagai ADO, beliau pernah sekali didatangi seorang cina tua. Cina itu sangat menghormati beliau dan memangil beliau dengan nama ‘tuan’. Walaupun usianya agak tua, dia sanggup untuk mengangkat beg setelah selesai perbincangan (setelah tamat waktu pejabat) dan membawa masuk kereta beliau – pada ketika itu kereta Toyota Corolla. Setelah masuk kedalam kereta, beliau memerhatikan cina tersebut menaiki sebuah Mercedec, bersama dua orang pembantu yang membukakan pintu untuk dia masuk. Berlari Tan Sri keluar daripada kereta beliau dan mengetuk pintu kereta cina itu tadi. Beliau bertanya, “kenapa you ada kereta besar, driver dan pekerja ramai memanggil saya tuan?”Cina itu menjawab “You ada kuasa. You ada authority, itu sebab saya panggil tuan. Saya tiada kuasa. Tetapi saya ada wang. Lu tak ada wang.”
Disitu timbul satu tipping point yang membuatkan Tan Sri nekad untuk menjadi seorang usahawan. 
Mysteries of Life
Sebelum tamat sesi, Tan Sri sempat berkongsi mengenai sedekah dan pemberian. Beliau menggelarkannya The Mysteries of Life. Sekiranya seseorang itu memberikan RM1, mereka akan mendapat kembali RM10. Teruskan memberi, kerana pulangannya lumayan. Memberi dengan ikhlas, dan Tuhan pasti balas.
Sekiranya anda merasakan penulisan ini bermanfaat, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda. 🙂

Kumpulan EMKAY bersama Yayasan Universiti Multimedia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *