Nak Berjaya? Carilah Mentor! Tapi Kenapa, dan Bagaimana?

Nak berjaya? Carilah mentor!

Itu antara ungkapan yang mungkin seringkali kita dengar. Tidak dapat disanggah, kebanyakkan orang yang berjaya mempunyai mentor mereka tersendiri. Satu persoalan yang perlu kita tanya juga adalah apa ciri-ciri mentor yang baik dan apa yang menyebabkan hubungan mentor-mantee (atau sesetengah memanggil protege) berjaya?

Satu kajian yang dijalankan oleh Brian Uzzi, seorang Professor Management and Organization dari Kellog School of Management merungkai apa yang membuatkan seseorang itu berjaya dengan panduan daripada mentor.

Dapatan daripada mereka memang benar, hubungan mentor-mantee akan memberikan manfaat dalam kejayaan seseorang mantee. Salah satu tanggapan salah tentang hubungan mentor dan mantee adalah mentor memainkan peranan aktif dalam memberikan tunjuk ajar dan mentee pula seperti span yang menyerap. Ini tidak menjadikan hubungan mentor-mantee yang baik. Mentorship bukan hubungan satu hala, malah mantee mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menentukan kejayaan mereka. Dalam ertikata lain, sehebat manapun mentor, sekiranya mentee tak bertanggungjawab mentee tidak akan kemana. Oleh itu, pada pendapat saya sekiranya seseorang mentee berjaya, mentor tak perlu ambil 100% kredit atas kejayaan mereka, sebab mentee juga adalah penentu utama kejayaan mereka.

Apa perlunya mentor sedangkan kita ada banyak maklumat daripada internet dan buku-buku yang banyak daripada orang-orang yang berjaya?

Satu istilah paling penting untuk kita memahami peranan mentor. Mentor bukan sahaja berkongsi ilmu biasa, tetapi mereka berkongsi satu perkara yang dipanggil Tacit Knowledge. 

Apa itu tacit knowledge? 

Terdapat dua jenis knowledge iaitu explicit knowledge dan tacit knowledge. Explicit knowledge adalah ilmu yang dapat kita bukukan. Kita boleh tulis dan dokumenkan ia dan boleh diulang cetak, dan di forward dalam digital copy. Tacit knowledge pula berbeza. Tacit knowledge adalah ilmu yang tidak dapat kita dokumenkan. Contoh yang mudah, kita boleh tulis resipi masakan dan upload dalam website. Tetapi ianya sangat berbeza dengan chef yang menulis resipi duduk disebelah kita dan berkongsi kaedah masakan. Ada banyak perkara yang sebenarnya berlaku dalam proses penurunan ilmu tersebut. Hasil masakan tidak akan sama dengan mereka yang masak menggunakan resipi yang sama yang kita tonton dari rancangan masakan.

Dan menurut Brian Uzzi, untuk kita mempelajari ilmu berkaitan tacit knowledge dengan berkesan perlunya ada elemen face-to-face.

Mentor yang baik akan berkongsi “The Special Sauce”

Dapatan dari kajian Brian Uzzi juga adalah mentor yang terbaik adalah mentor yang berkongsi rahsia mereka berjaya dan menurunkannya kepada mentee. Tetapi tidak terhad kepada itu. Setiap mentee akan menggunakan ‘special sauce’ tersebut dalam keadaan berbeza. 

Sekiranya mentee mengambil bulat-bulat dan amalkan secret sauce tersebut, mentee tidak memberikan hasil yang terbaik. Sebaliknya, mentee yang mengambil secret sauce dan mengolah dengan acuan sendiri, ia menjadikan mentee lebih berjaya.

Dalam membaca kajian ini, saya dapat kaitkan dengan beberapa kisah kejayaan contohnya Napoleon Hill yang mana mentornya adalah Andrew Carnegie, seorang hartawan terkaya di dunia pada masa itu. Andrew Carnegie merupakan usahawan besi yang menjalankan syarikat besi. Apabila Napoleon Hill mengambil ‘secret sauce’, beliau tidak jadi seorang lagi usahawan besi yang berjaya. Malah, beliau yang sebelum itu merupakan seorang journalist mengambil secret sauce dan menjadi penulis buku yang sangat berjaya. Beliau mengambil secret sauce dan menggunakan bakat beliau dalam bidang kewartawanan menerbitkan buku Think and Grow Rich yang pada hari ini telah terjual lebih daripada 100 juta naskah. Menurut Napoleon Hill, benar Andrew Carnegie seorang jutawan tetapi beliau telah mencipta lebih ramai jutawan berbanding Andrew Carnegie.

Gunakan Special Sauce dengan acuan kita sendiri

Brian Uzzi berkata, “You want the special sauce, but if you also apply it to something new, the special sauce is even more valuable to you.”

Secara kesimpulan, untuk kita berjaya perlu kita dapatkan ilmu daripada seorang mentor yang berjaya dan kita tidak perlu ambil bulat-bulat jadi copycat semacam dia. Sebaliknya gunakan ilmu tersebut dalam acuan kita sendiri untuk menjadikan kita lebih berjaya.

Dan yang paling penting adalah untuk dapatkan tacit knowledge daripada mentor tersebut. Terutama dalam keadaan Covid-19, ramai orang menggunakan aplikasi online untuk bermentor-mantee. Kaedah ini sebenarnya berkesan untuk explicit knowledge, tetapi mungkin kurang berkesan dengan Tacit Knowledge – knowledge that is difficult to codify and often learning by doing.

Brian Uzzi juga menyimpulkan, “As far as we know, the fullest transfer to tacit knowledge is conveyed in person. What this research says to me is that you really want to respect the value of face-to-face interaction.”

Sumber: 
https://insight.kellogg.northwestern.edu/article/great-mentorship-research
https://news.northwestern.edu/stories/2020/06/sharing-of-tacit-knowledge-is-most-important-aspect-of-mentorship-study-finds/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *