Zaman Berubah – Adakah Cara Kita Berubah?

1. Pada zaman pertanian, kebanyakkan orang bekerja sebagai petani. Pada zaman tu kebanyakkan orang bekerja di ladang dan sawah bendang. Mereka menggunakan kekuatan fizikal. Siapa lebih kuat fizikal, mereka lebih berjaya dalam kerjaya. Zaman ini apa yang saya gelar zaman fizikal.

2. Selepas zaman perindustrian, manusia mula untuk berfikir. Banyak perkara dicipta untuk memudahkan pekerjaan. Mereka yang berkemahiran dalam mengendali mesin lebih mudah berjaya. Kekuatan fizikal tidak lagi relevant ketika itu.

3. Bila syarikat menjadi besar, manusia terpaksa berfikir untuk menguruskan organisasi. Pada zaman informasi, kepintaran seseorang akan menjadikan mereka berjaya. Pada zaman informasi, mereka yang mempunyai pendidikan lebih mudah berjaya berbanding yang berkemahiran. Pada zaman tersebut, paper qualification sangat penting kerana ia membezakan siapa yang berilmu. Kemahiran vokasional sudah menjadi kurang penting berbanding mereka yang mendapat pendidikan tinggi di universiti. Zaman ini apa yang saya gelar zaman mental atau kognitif. IQ sangat penting.

4. Sekarang zaman sekali lagi berubah. Zaman sekarang informasi menjadi komoditi. Mesin mula mengambil tugas manusia untuk berfikir secara intelektual. Big data dan analytics menyebabkan kemahiran berfikir boleh diberi kepada teknologi. Apa yang penting adalah kemahiran menjadi manusia. Emotional intelligence. Empathy, perspective taking. Ini merupakan perkara yang teknologi belum lagi boleh buat.

5. Sebab itu zaman sekarang sibuk orang bercakap tentang experience economy. Customer service dan customer experience sangat penting. Hanya dengan memahami emosi manusia kita dapat mencipta perniagaan yang menguntungkan.

6. Tetapi ada yang masih menggunakan cara lama untuk mendidik anak muda. Betul dulu rotan dan pelempang sangat berkesan. Ia merupakan hukuman berbentuk fizikal. Sesuai dengan zaman fizikal. Tetapi anak-anak zaman sekarang terdedah dengan pelbagai teknologi yang mendidik mereka. Pendapat saya cara berkesan adalah dengan treat them like a human. Human being is an emotional creature bak kata Dale Carnegie.

7. Cara kita treat staff juga macam robot. Kita bagi reward kalau mereka dengar arahan kita dan kita hukum sekiranya mereka tidak. Isu besar di organisasi adalah employee engagement. Bila orang nak resign kita offer naikkan gaji. Kaedah ini mungkin sesuai pada zaman perindustrian.

8. Kaedah engagement terbaik adalah kita treat pekerja more like a human. Kita faham apa yang memotivasikan mereka dan kita berikan kepada mereka. Biasanya bukan berkenaan duit. Kebanyakkannya melibatkan emosi.

9. Customer juga kita layan dengan cara yang lama. Bagi apa yang mereka mahu beli. Sedangkan zaman sekarang, mereka lebih menghargai service yang kita berikan. Pengalaman mereka menggunakan produk atau perkhidmatan kita. Perkhidmatan yang memberikan kesan terhadap emosi mereka.

10. Semua ini lebih mudah sekiranya kita tahu apa yang ‘manusia’ mahu. Understanding what people needs – kebanyakkan masa adalah berkaitan emosi. Zaman sekarang adalah zaman emotional. Dalam erti kata lain EQ sangat penting.

Bagaimana kita boleh buat transisi dari fizikal – mental kepada emotional.

#johanirwan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *